Anak saya ada Kencing Tikus ??
Oleh Yaseer Fikri
Assalamualaikum
semua,
Lega di dalam
hati apabila isteri mengkhabarkan tentang keadaan anak lelaki saya di hospital yang
beransur puli, Alhamdulillah. Demam semakin surut dan sakit di bahagian
betisnya kian reda. Pun begitu, ketika berjalan, dia masih sedikit
terincut-incut.
![]() |
Merenung saat untuk di discaj |
![]() |
Ketika peringkat awal Mishary demam |
Seperti di entri
yang lepas, ketika anak saya mula-mula dibawa ke hospital oleh isteri setelah
mengadu kesakitan yang agak serius di bahagian betisnya sehingga menghalang dia
untuk berjalan, doktor mengesahkan bahawa keputusan darah Leptospirosis Serologynya adalah Negatif. Jika dilihat, barangkali
kita boleh menarik nafas lega, namun Pakar Kanak-kanak yang merawat menggunakan
pendekatan berjaga-jaga kerana simptom atau gejala kencing tikus itu sudah
ditunjukkan oleh anak saya (Demam
berlarutan –turun naik, bengkak pada kelopak mata bawah, kemerahan pada mata
dan sakit-sakit otot yang serius).
Melihat kepada manifestasi ini,
Pakar Kanak-kanak tersebut memulakan regim rawatan antibiotik melalui intravena
ke atas anak saya. Dan, mungkin sesetengah berpendapat rawatan ini berkemungkinan
besar tidak perlu kerana keputusan darah yang tidak menujukkan sebarang tanda
Leptospirosis sedikitpun. Namun tuan puan, Leptospirosis dikatakan berbahaya
adalah kerana pada peringkat akhir jangkitan dan ketika keadaan pesakit menjadi
kritikal, kebiasaannya ketika ini baharu keputusan Positif diperolehi. Seperti
yang kita ketahui, pada peringkat akhir penyakit, atau kita kenali sebagai Late Stage, regim antibiotik bukanlah
prioriti lagi memandangkan keadaan pesakit yang sudah menjadi tenat dan
jangkitan boleh merebak ke sistem pernafasan seperti di dalam sesetengah kes.
Selayaknya, rawatan intensif
yang telah diberikan oleh Pakar ini boleh kita anggap sebagai langkah preventif
yang relevan bagi mengekang jangkitan kuman ini secara holistik di dalam tubuh.
Syukur, atas kuasa Tuhan, keadaan anak saya bertambah baik saat ini.
Kepada ibu-bapa yang mempunyai
anak-anak yang sedang giat membesar dan mempunyai kecenderungan bermain di
kawasan bertanah dan lembap, terutama ketika musim monsun seperti ini, harus
diingat, sebarang perubahan kesihatan pada anak-anak JANGANLAH di pandang
enteng. Demam biasa yang kita kira boleh kebah dengan bantuan Paracetamol sirap yang dibeli di farmasi
berkemungkinan merupakan tanda-tanda awal. Harus diingat :-
·
Jangan pandang remeh pada DEMAM anak-anak, terutama apabila demam itu dalam satu
tempoh masa yang panjang dan ON/OFF.
·
Bawa anak untuk mendapatkan rawatan segera.
Kebiasaannya tanda-tanda seperti selsema biasa juga akan kelihatan.
·
Jika anak mengadu demam dan disertakan
sakit-sakit otot yang serius, klinik adalah destinasi yang WAJIB kita kunjungi segera.
·
Jika, demam sebelum ini sembuh dengan sendiri,
dan di dalam tempoh yang singkat demam itu datang semula, sila berjumpa dengan
doktor segera. Ujian darah berkemungkinan adalah diperlukan ketika ini.
·
Elakkan anak-anak bermain di kawasan tanah yang lembap
(terutama ketika musim hujan) bagi mengelakkan risiko jangkitan.
·
Pastikan persekitaran dan dalam rumah bebas
daripada haiwan seperti tikus. Jika perlu, lakukan regular cleaning sendiri untuk peralatan memasak, cawan, pinggan,
sudu dan sebagainya. Berkemungkinan peralatan ini sudah terdedah dengan kencing
haiwan seperti tikus tanpa kita ketahui.
Akhir kalam, segala penyakit yang ada di muka bumi ini bisa kita rawat
dan cegah. Namun, ia bergantung kepada cara dan langkah yang kita ambil,
samaada cepat atau lambat. Suka untuk saya ingatkan, tulisan saya ini boleh
dijadikan sebagai rujukan tambahan cuma. Segala kemusykilan mengenai Kencing
Tikus ini mestilah dirujuk kepada yang benar-benar ahli seperti doktor atau
Pakar Kanak-kanak. Semoga, kita semua dan keluarga dilindungi daripada segala jenis penyakit oleh
ALLAH SWT. Amin
Comments
Post a Comment