Perlukah aku berhenti kerja?
Oleh Yaseer Fikri
Berhenti kerja ? Perlukah aku berhenti kerja ?
Setiap insan yang bekerja sudah tentu mengimpikan kehidupan yang tanpa kekangan, tanpa arahan, tanpa ikatan dan tanpa perlu mengorbankan detik-detik berharga untuk diri sendiri dan keluarga. Tiada yang suka diarah-arah dan perlu mengikut jeda masa yang telah ditetapkan. Dan, kekangan perasaan ini yang salah satunya akan membuatkan individu itu membuat keputusan untuk berhenti kerja.
Meletakkan jawatan bukanlah semudah menyebutnya. Perancangan rapi dari segi kewangan, kelangsungan hidup dan kebolehtahanan jiwa dan fizikal serta mental perlu diambil kira sedalamnya. Meletakkan jawatan bererti kita akan kehilangan punca pendapatan tetap yang kita bisa perolehi setiap bulan tanpa lewat. Meletakkan jawatan bererti kita akan bertarung sendirian melalui 30 hari sebulan tanpa kita ketahui penghasilan yang akan kita perolehi tanggal hari gaji bagi sesetengah orang yang masih bekerja. Banyak yang perlu kita fikirkan. Bukan hanya soal diri sendiri, namun, mulut-mulut di rumah yang perlu kita suapkan.
Jadi, jika terlampau rumit, kenapa hendak berhenti? Umum mengetahui, berhenti kerja merupakan kebebasan kendiri. Hanya yang bijak mengatur corak kehidupan berani mengambil keputusan ini. Orang yang bertawakkal kepada Penciptanya semata-mata tidak akan teragak-agak menukilkan sekeping surat buat pegawainya menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan. Dan, dia juga mengetahui, duri berbisa sedang menunggu langkahnya di luar sana.
Saya tidak mampu untuk mebekalkan tips-tips beharga sebelum meletakkan jawatan; kerana saya juga masih bekerja, namun harapan saya daripada nukilan ringkas ini adalah bagi mencari ruas-ruas yang utuh untuk membantu rakan-rakan kita yang barangkali berhasrat untuk berhenti kerja atas sebab-sebab yang mungkin hanya mereka rasai.
Sebelum sebarang keputusan kita lakukan, sudah tentu pelan yang teratur sudah kita rangka. Bagi meneruskan kelangsungan hidup, segala butir-butir permasalahan yang bakal timbul sudah semestinya kita kaji sedalamnya. Rancangan harus meliputi tempoh 6 bulan mendatang, 1 tahun ke depan dan seterusnya, supaya tiada ruang lansung untuk kita berasa kesal akan tindakan yang telah kita ambil.
Sebagai seorang ketua keluarga, aspek rumah tangga dan kebajikannya akan menjadi agenda utama sebelum berniat untuk berhenti kerja. Bayangkan, setiap bulan kita mendapat gaji tanpa masalah, kemudian di salurkan kepada anak-anak dan isteri,lalu secara drastiknya semua itu berubah 360 darjah. Ia bukan satu keadaan yang biasa buat diri kita. Kita melangkah keluar dari zon selesa, dan mengalami situasi yang mungkin menyenangkan dan tidak kurang juga bakal menyulitkan kehidupan kita. Tidak semudah itu. 100 peratus kebergantungan di dalam kebajikan rumah tangga adalah tertanggung di atas bahu kita, dan, soalan pertama yang akan meluru masuk ke fikiran adalah, mampukah kita menyuapkan rezeki buat anak isteri?
Bagi insan yang yakin dan tawadduk, dia akan berserah 100 peratus kepada tuhan kerana dia percaya, rezeki ada di mana-mana asal dicari dan kesusahan jua kesenangan bukan aturan tangan manusia semata namun atas arahan Allah Taala. Ini seringkali menjadi platform kukuh utama yang menjadi tongkat untuk insan seperti ini berdiri. Dia tidak merasakan sebarang kesulitan akan berhentinya punca pendapatan tetap namun, merasakan keputusan yang telah dibuat olehnya merupakan pintu khusus ke alam kebahagiaan dan kebebesan. Pun begitu, adakah kita juga punya iktikad yang sama? Tanya iman anda.
Lalu, untuk insan yang biasa-biasa sahaja, yang menyerahkan segalanya kepada perancangan rapi dan usaha kekuatan pula, bagaimana? Mereka menggunakan akal dan badan bagi mengatasi segala permasalahan yang bakal timbul dan tidak lupa juga meletakkan harapan kepada bantuan Tuhan Yang Esa. Menyerah bukanlah bayangan yang akan mengaburi mata mereka serta-merta, namun mereka letakkan kekuatan atau self-limit mereka pada peringkat tertinggi, yang barangkali melebihi insan-insan lain di sekitarnya. Dia akan mencari formula terbaik, seterusnya menerapkan formula itu ke dalam langkah berat mereka yang dipacu perlahan-lahan. Dan, di penghujung jalan, mereka juga bertemu kebahagiaan yang abadi.
Maka, bagi kita yang sudah memasang niat, ingatlah bahawa tiada betul dan salah di dalam apa yang kita lakukan asalkan niat tetap berpaksikan kepada Yang Maha Kuasa. Kita punya AKAL yang terendam di dalam kekuatan tubuh badan yang seharusnya kita gunakan sebaiknya bagi menjalani kehidupan kita sendiri. Terus merasa takut, gusar dan khuatir tidak akan menyediakan jalan yang luas buat kita, melainkan sebagai perencat semangat yang lama-kelamaan akan pudar kembali.
Hasrat yang kita pasang wajiblah diikuti dengan matlamat yang jelas. Ayat cliche ini meski jemu kita dengar namun, begitu ampuh untuk dipegang. Tanpa matlamat, tidak ubah seperti kita memperjudikan kehidupan kita, bahkan keluarga tercinta yang kita tidak tahu timbul tenggelamnya. Matlamat yang jelas akan memberikan pandangan yang jauh. Seperti sebuah cermin, jika kabur dan berhabuk, wajah yang dekat pun tidak bisa kita lihat.
Saya doakan keberhasilan anda datang selepas pengorbanan yang anda lakukan. Teruskan berdoa untuk meminta yang terbaik kepada Tuhan Yang Esa, Kaya dan Berkuasa agar, tiada satupun yang kita lakukan dimurkai. Doa seiring usaha. Sudah hendak kenapa berdalih? Lakukan sepenuh jiwa, kerana nyaman dan bahagia itu yang kita impi.
Masha'Allah.. satu kupasan yang sangat menyentuh gelora batin, jiwa & raga ku. Tersangat padu & mengesani, bossku!
ReplyDeleteTerima kasih, tuan. Tiada yang lebih menggembirakan bila dapat menatap wajah anak isteri setiap masa tanpa kekangan. Sepertinya, setiap insan yang bekerja itu menginginkan kebebasan masa dan juga kewangan. Namun, tidak semua mampu....semoga beroleh kejayaan dunia dan akhirat, tuan
DeleteASSLAMAUALAIKUM esok merupakan hari prtama notis. Saya akan berhnti kerja d sbbkan jauh drp isteri dan anak. Saya yakin allah akan berikan rzki kpd sy diluar sna tanpa mngabaikan isteri dan anak lagi. Selama ini kami slalu terpisah dan lama baru dpt brjmpa d sbbkan jarak tempat sy bekerja. Saya rasa dlm dilema utk mmbuat pilihan tapi saya yakin dgn kptusan sy dan dan niat sy bhnti kerja ini allah alla bantu utk memudahkan sy dkmudian hari. Niat sy bhnti kerja adalah utk dekat dgn isteri dan anak selalu
ReplyDeleteSy terpanggil untuk melepaskan komen diruangan ni.. sepertinya kata2 penulis betul tepat dan kena dgn jiwa sy yg sgt berkecamuk antara persimpangan berhenti @ tidak kerja.. hasrat nak resign dah lama sgt.. sblm covid lg.. tp sampai skrg 2022 dah drag 2 thun. Skrg mood nk resgn tu dtg balik.. sbb stress kerja dulu dan skrg dah x sama. Sy sgt2 tertekan.. dan keputusan utk berhenti kerja asalnya niat mmg kerana nk dktkan diri dgn Allah.. nk dekat dgn anak2.. nak urus anak2.. biarlah suami saja yg keluar mencari nafkah.. 14thn sy bergemumang dgn stress dan skrg stress tu semakin muncak bila semua system boleh diaksses melalui fon dan komputer rmh..dlm rumah bersama anam2 pun sy diganggu..trima kasih penulis berikan kata2 semangat dansetiap ayat x biass memihak hanya pada 1 pihak sj.. ada kalanya keputusan berhenti kita tu adalah paling tepat yg kita perlu ambik..demi anak2.. demi rumah tangga.. dan utama demuMU Allah..
ReplyDelete